Ahad, 18 Jun 2017

[25] (Sebagai Diri Baginda Sendiri)

(Sebagai Diri Baginda Sendiri)

Kita tidak dapati seorangpun diakuikan oleh Nabi Muhammad (S) sebagai diri baginda sendiri dalam bermubahalah selain Ali bin Abi Talib (as):

Allah berfirman:

﴿فَمَنْ حَاجَّكَ فِيهِ مِن بَعْدِ مَا جَاءَكَ مِنَ الْعِلْمِ فَقُلْ تَعَالَوْا نَدْعُ أَبْنَاءَنَا وَأَبْنَاءَكُمْ وَنِسَاءَنَا وَنِسَاءَكُمْ وَأَنفُسَنَا وَأَنفُسَكُمْ ثُمَّ نَبْتَهِلْ فَنَجْعَل لَّعْنَتَ اللَّـهِ عَلَى الْكَاذِبِينَ﴾

Siapa yang membantahmu tentang sesudah datang ilmu, maka katakanlah: "Marilah kita memanggil anak-anak kami dan anak-anak kamu, perempuan-perempuan kami dan perempuan-perempuan kamu, diri kami dan diri kamu; kemudian marilah kita bermubahalah kepada Allah dan kita minta supaya laknat Allah ditimpakan kepada orang-orang yang dusta. [Aali Imran: 3: 61]

Nabi tidak memanggil bersama-sama baginda untuk bermubahalah selain Ali, Fatimah serta kedua-dua Al-Hasan dan Al-Husain (as), ini diriwayatkan dalam banyak sumber:

Sahih Muslim J 7 hal 120-121:

بسنده عن عامر بن سعد بن أبي وقاص عن أبيه قال امر معاوية بن أبي سفياف سعدا فقال ما منعك ان تسب أبا التراب فقال اما ما ذكرت ثلاثا قالهن له رسول الله صلى الله عليه وسلم فلن أسبه لأن تكون لي واحدة منهن أحب إلى من حمر النعم... [الى قوله]:

Sanad dari ‘Aamir bin Sa’ad bin Abi Waqash dari bapanya katanya: Amir Muawiyah bin Abi Sufyan berkata kepada Sa’ad: “Apa yang menghalangimu untuk mencaci Aba Turab?”. Sa’ad berkata “Selama aku masih mengingat tiga hal yang dikatakan oleh Rasulullah (S) aku tidak akan mencacinya yang jika aku memiliki salah satu saja darinya maka itu lebih aku sukai dari segala macam kebaikan..... [hinggalah sampai pada katanya]
[Ketika turun ayat “Maka katakanlah: Marilah kita memanggil anak-anak kami dan anak-anak kamu.” Rasulullah (S) memanggil Ali, Fathimah, Hasan dan Husain dan baginda berkata “Ya Allah merekalah keluargaku”].

Dan kisah ini juga dikeluarkan Al-Hakim Al-Naisaburi dengan sanad sahih mengikut syarat kedua-dua syeikh J 3 hal 150: (Dikhabarkan padaku) Ja’far bin Muhammad bin Nasir Al-Khalidi di Baghdad cerita dari Musa bin Harun cerita dari Qutaibah bin Sa’id cerita dari Hatim bin Isma’il dari Bakir bin Musamar dari ‘Aamir bin Sa’ad daripada bapanya, katanya:
[Ketika ayat, Kita panggil anak-anak kami dan anak-anak kamu, perempuan-perempuan kami dan perempuan-perempuan kamu, diri kami dan diri kamu ini diturunkan, Rasulullah (S) memanggil Ali, Fatimah, Hasan dan Husain dan baginda berkata “Ya Allah merekalah keluargaku”].
Al-Hakim berkata hadits ini sahih mengikut syarat kedua-dua syeikh tetapi tidak menyampaikan hadits ini. Dan dia dipersetujui oleh Al-Zhahabi mengikut syarat kedua-dua syeikh dalam Al-Takhlish Al-Mustadrak J 3 hal.150.

Dan kisah ini dikeluarkan juga oleh Ibn Katsir di dalam tafsirnya J 1, hal 378-379, di mana berkata Abu Bakar bin Mardawih: diceritakan kepada kami Sulaiman bin Ahmad diceritakan kepada kami Ahmad bin Daud Al-Makki diceritakan kepada kami Basyar bin Mahran diceritakan kepada kami Muhammad bin Dinar dari Daud bin Abi Hind dari Al-Sya’bi dari Jabir, beliau berkata:


[23] [24][25] [26]


Tiada ulasan: