Rabu, 21 Jun 2017

[30] (Wujud Al-‘Itrah Selagi Wujud Al-Quran)

(Wujud Al-‘Itrah Selagi Wujud Al-Quran)

Al-Quran dan Al-‘Itrah (keluarga Rasulullah) adalah dua perkara yang tidak terpisah hingga datangnya Al-Sa’ah (kiamat);
(وإنهما لن يفترقا حتى يردا على الحوض)
(dan keduanya tidak akan berpisah hingga keduanya datang menemuiku di telaga), iaitu, selagi Al-Quran masih wujud, maka mestilah wujud wakil Al-‘Itrah (keluarga Rasulullah) yang disucikan, jika tidak, perlulah didustakan Al-Shadiq Al-Amin (Rasulullah) – jauh baginda dari sifat itu – kerana baginda terpelihara dari Tuhan Yang Maha Mulia, yang berfirman:

﴿وَمَا يَنطِقُ عَنِ الْهَوَىٰ ۞ إِنْ هُوَ إِلَّا وَحْيٌ يُوحَىٰ﴾

Dan tiadalah yang diucapkannya itu menurut kemauan hawa nafsunya.۞ Ucapannya itu tiada lain hanyalah wahyu yang diwahyukan..[Al-Najm 53: 3-4].

Telah diingatkan perkara tersebut oleh sebahagian ulama Al-Sunnah, mereka menyatakan tiada putus orang yang tergolong sebagai Al-‘Itrah (keluarga Rasulullah) pada setiap masa (zaman):

Ibn Hajar Al-Haitsami telah berkata di dalam Al-Shawa’eiq Al-Mahraqah:

(والحاصل أن الحث وقع على التمسك بالكتاب وبالسنة وبالعلماء بهما من أهل البيت ويستفاد من مجموع ذلك بقاء المور الثلاثة إلى قيام الساعة(

(Kesimpulannya adalah bahawa penekanan kenyataan supaya berpegang dengan Al-Kitab, Al-Sunnah dan Al-Ulama’ antara keduanya mereka adalah dari Ahl Al-Bait dan diambil kesemuanya tiga perkara yang kekal itu hingga datangnya Al-Sa’ah (kiamat) [32]

Beliau juga berkata:

وفي أحاديث الحث على التمسك بأهل البيت إشارة إلى عدم انقطاع متأهل منهم للتمسك به إلى يوم القيامة كما أن الكتاب العزيز كذلك ولهذا كانوا أمانا لأهل الأرض كما يأتي ويشهد لذلك الخبر السابق في كل خلف من أمتي عدول من أهل بيتي إلى آخره ثم أحق من يتمسك به منهم إمامهم وعالمهم علي بن أبي طالب كرم الله وجهه لما قدمناه من مزيد علمه ودقائق مستنبطاته ومن ثم قال أبو بكر رضي الله عنه علي عترة رسول الله(

Dalam hadits-hadits yang menekankan supaya berpegang kepada Ahl Al-Bait telah memberi isyarat bahawa tidak akan putus orang yang tergolong dari kalangan mereka supaya berpegang dengannya hingga hari kiamat dan begitulah Al-Kitab Al-‘Aziz (Al-Quran) dan ini kerana mereka adalah pelindung (penyelamat) bagi penduduk bumi sebagaimana yang dibawakan sebelum ini yang menjadi bukti bahawa khabar (peringatan) kepada setiap pengganti dari umatku adalah yang adil-adil dari ahli baitku dan seterusnya. Kemudian orang yang paling layak untuk dipegang (dipatuhi) dari mereka sebagai imam mereka adalah yang ‘alim dari mereka adalah Ali bin Abi Talib (karama Allahu wajhah – semoga dimuliakan Allah wajahnya), dia yang mendahului kita dengan lebih ilmunya dan kefahamannya yang terperinci dan dengan itu Abu Bakar (ra) mengatakan Ali adalah ‘itrah (keluarga) Rasulullah.) [33]

Al-Manawi berkata dalam Faidh Al-Qadir:

(قال الشريف: هذا الخبر يفهم وجود من يكون أهلا للتمسك به من أهل البيت والعترة الطاهرة في كل زمن إلى قيام الساعة حتى يتوجه الحث المذكور إلى التمسك به كما أن الكتاب كذلك فلذلك كانوا أمانا لأهل الأرض فإذا ذهبوا ذهب أهل الأرض(.

(Al-Syarif berkata: Khabar ini dapat difahamkan akan wujudnya kelayakan untuk mewajibkan supaya berpegang kepada Ahl Al-Bait dan Al-‘Itrah yang disucikan, sehingga datangnya Al-Sa’ah (kiamat)  supaya menghadap penekanan yang disebutkan agar berpegang dengannya sebagaimana juga dengan Al-Kitab, oleh itu mereka adalah pelindung bagi penduduk bumi, sekiranya mereka pergi akan lenyaplah penduduk bumi [34]



---------------------------------
[32] Al-Shawa’eiq Al-Mahraqah menolak ahli bidaah dan zindiq – oleh Ahmad bin Hajar Al-Makki Haitsami hal 150..
[33] Al-Shawa’eiq Al-Mahraqah menolak ahli bidaah dan zindiq – oleh Ahmad bin Hajar Al-Makki Haitsami hal 151..
[34] Faidh Al-Qadir: Syarah Al-Jami’ Al-Shaghir Al-Manawi J 3 hal. 20.


[29][30][31] [32}


Tiada ulasan: