Rabu, 12 Julai 2017

[37 38] (Syarah Ibn Hajar (Al-'Asqalani):)

[37 38] (Syarah Ibn Hajar  (Al-'Asqalani):)

Kemudian bolehkah Ibn Hajar dan sesiapa yang berkata dengan mengatakannya bahawa mereka mengatakan semua khalifah daripada orang bukan Quraisy bahawa mereka telah melanggar perintah Nabi Muhammad (S) dan dengan itu mereks orang-orang yang melanggar lagi murtad dan tidak disyari’atkan atas mereka?!

Takwil Ibn Hajar yang kedua adalah lebih lucu dari sebelumnya, di mana:

1 – Bahawa khalifah, pemerintah dan Imamah – di sisi mereka – adalah orang yang melaksanakan pekerjaannya – dan ia adalah dasar siasah (politik) negara dan rakyatnya, ia bukan sekadar nama, tetapi mereka mengakuinya sebaik saja mereka memanggil namanya, mereka telah berhukum dengan kesesatan semua orang yang mengikuti kesultanan Mamluk khalifah-khalifah Uthmaniyyah, dan setiap orang yang mengikuti kuasa bukan Quraisy untuk masa kini dan hingga hari kiamat, dan Ini adalah perjalanan yang pahit,

2. Jika pada masa Ibn Hajar khalifah-khalifah Bani Abbas yang tidak diketahui baik-buruknya bukanlah satu penyelesaian untuk mereka dan tidak ada kaitannya, dan yang menjalankan urusan-urusan masyarakat Islam di tangan orang lain, dan Ibn Hajar mahu menjadikan khalifah-khalifah ini benar mwngikut hadits khalifah pada Quraisy, pada hal mereka hanyalah khalifah-khalifah pada nama sahaja, begitu juga bagi sesiapa menyebarkannya melalui hadits ini pada zaman khilafah Utsmaniyyah dan seterusnya hingga ke hari ini ?!

Kekeliruan dan gangguan yang tiada taranya pada kepercayaan terhadap kedua-dua perkara berat yang ditinggalkan (Al-Tsaqalain) Nabi (S) pada umat baginda supaya berada di bawah bimbingan dan keselamatan kepada orang-orang yang memegang kedua-duanya bersama-sama.

Dan kita dapat mengesan kata-kata Ibn Hajar di tempat lain, di mana beliau berkata:

"Perkataan baginda: Urusan ini akan sentiasa pada Quraisy" bermakna mana-mana khalifah yang akan sentiasa diikuti adalah dari Quraisy (Perkataan baginda: walaupun dari mereka hanya tinggal dua orang) Ibn Hubairah berkata mungkin terjadi keadaan, mereka tidak tinggal pada akhir zaman melainkan hanya dua orang, pemerintah dan yang diperintah dan bagi orang-orang yang mengikuti (dikatakan) dalam riwayat Muslim dari Syeikh Al-Bukhari dalam hadits ini: walaupun dari (kalangan) manusia hanya tinggal dua orang.dan dalam riwayat Al-Ismaili: walaupun di (kalangan) manusia hanya tinggal dua orang mengisyaratkan jari tekunjuk dan jari tengah dan tidaklah bermakna pada bilangan sebenar, tetapi untuk membawa makna tidak ada tempat untuk urusan ini bagi yang bukan Quraisy berpeluang untuk memegang secara mutlak, ia dihadkan dalam hadits pertama menjadikan ketetapan Urusan ini akan sentiasa iaitu tidak dipanggil khilafah melainkan berasal dari Quraisy, Supaya tidak seorang pun selain mereka menggunakan panggilan itu oleh penguasaan dan penaklukan.


Dan ia telah menjadikan maksud pada perkataan Al-Amr (urusan) ini, walaupun perkataan itu perkataan khabar yang mungkin menjadikan urusan ini kekal pada Quraisy di sesetengah negara dan tidak di negara lain. Di negara Yaman, ia adalah sebuah dataran tinggi yang didiami kaum dari keturunan Al-Hassan bin Ali yang masih kekal kerajaannya di negara ini pada mereka dari akhir kurun ketiga, dan di Hijaz dari keturunan Al-Hassan bin Ali di mana mereka adalah pembesar-pembesar Mekah dan pembesar-pembesar yang keluar dari keturunan Al-Hassan bin Ali, mereka adalah pembesar-pembesar kota, mereka benar-benar dari Quraisy tetapi di bawah pemerintahan raja-raja yang lain yang tinggal di Mesir mengekalkan urusan ini pada Quraish di berbagai negara dari jumlah yang besar, merekalah penduduk Yaman yang dikatakan sebagai Imam dan tidak pula mereka sebagai penguasa (Imamah), mereka tidak lain sebagai ahli-ahli Ilmu yang memenuhinya dengan keadilan) [43]

Ia menerangkan:

1. Selepas itu Ibn Hajar berkata: (dan dijadikan kepentingan Urusan ini senantiasa ada iaitu tidak dipanggil dengan khalifah melainkan dari Quraish), ia adalah makna yang jelas dari hadits itu, pengecualian yang datang dari kantungnya untuk menampung kelemahan akidahnya, lalu dia berkata (Supaya tidak seorang pun selain mereka menggunakan panggilan itu oleh penguasaan dan penaklukan), pengecualian ini untuk diwujudkannya, walaupun ia diletakkan di dalam hadits Nabi!

Ibn Hajar terpaksa membuat pengecualian ini; kerana kenyataannya adalah bahawa khilafah telah diambil alih oleh bukan Quraisy, mereka perlu mengikuti kata-kata Nabi (S) yang ada dari kantung simpanannya, tiada dalil lain lagi!

Walaupun ia boleh membawa kepada pengecualian-pengecualian sedemikian, apa yang terbukti adalah kedegilan demi kedegilan, pada hal pengikut agama tidak mengikutinya, dan tidak diadili oleh pemerintah, dan ini semestinya batil.

2. Selepas Ibn Hajar melihat kerapuhan tafsirannya, dia menambahkan dua kemungkinan lain dengan harapan untuk memperbaiki kecacatan ini, kami akan membentangkan kedua-duanya, di mana beliau berkata: (Dan adalah mungkin urusan ini akan terus pada Quraisy di sesetengah negara dan tidak di negara yang lain, Di negara Yaman, ia adalah sebuah dataran tinggi yang didiami kaum dari keturunan Al-Hassan bin Ali yang masih kekal kerajaannya di negara ini pada mereka dari akhir kurun ketiga...).

-----------------------------------
[43] Fath Al-Baari - oleh Ibn Hajar  (Al-'Asqalani): J 31 hal 104..


[35] [36] [37] [38][39]

Tiada ulasan: