Selasa, 28 November 2017

Bab I: Paksi 3: Gambaran Proses Kezuhuran



Dabbah Al-Ardh wa Thala3a Al-Masyriq - (Binatang Bumi dan Yang Muncul Di Timur0




Bab I: Paksi 3: Gambaran Proses Kezuhuran


Apa yang penting di sini adalah untuk memberi gambaran tentang simbol perlambangan yang mengiringi riwayat-riwayat kejadian-kejadian dan ia sangat penting dalam menerangkan Shohib Al-Haq, pada masa yang sama dipenui mara bahaya dan terdedahnya perlaksanaan kezuhuran ke tangan musuh-musuh Imam (as). Di mana ia telah disebutkan dalam riwayat-riwayat Ahl Bait( as).

Telah diriwayatkan dari Abu Khalid Al-Kabali, katanya:

( سألت أبا جعفر(ع) ان يسمي القائم حتى أعرفه باسمه، فقال: يا أبا خالد سألتني عن أمر لو أن بني فاطمة !عرفوه لحرصوا على أن يقطّعوه بضعة بضعة)

(Aku bertanya kepada Aba Jafar (as) supaya menamakan Al-Qaim agar aku dapat mengenal namanya, beliau berkata: Wahai Aba Khalid, kamu telah bertanya soalan berkenaan perkara yang jika diketahui tentangnya oleh bani (anak-anak) Fatimah, sudah pasti mereka akan memotongnya tanpa pernah puas satu persatu) [47], apatah lagi musuh-musuh beliau dari yang bukan Banu Fatimah!

Simbol (perlambangan) pada paksi ini memberi tumpuan kepada beberapa aspek penting, termasuk:

1. Peribadi utama semasa perlaksanaan kezuhuran.
2. Kronologi (Urutan masa) peristiwa.
3. Tanda-tanda (Alamat).
4. Kekeliruan dalam memahami kezuhuran (Al-Dzuhur), kebangkitan (Al-Qiyam), Al-Sa’ah, Al-Raj’ah dan lain-lain.



Pertama: Peribadi utama semasa perlaksanaan kezuhuran

Terdapat banyak riwayat-riwayat mengenai tanda-tanda yang tidak dapat dielakkan yang mendahului kezuhuran, dan digunakan untuk mengenal pasti peribadi utama semasa perlaksanaan kezuhuran kerana ia membawa sifat yang tidak dapat dielakkan yang tidak jelas mengenainya:

Dari Abi Abdullah (p):

(للقائم خمس علامات: ظهور السفياني، واليماني، والصيحة من السماء وقتل النفس الزكية والخسف في البيداء)  

(Ada lima tanda-tanda bagi Al-Qaim: kemunculan Al-Sufiani, Al-Yamani, seruan dari langit (Al-Shaihah), pembunuhan jiwa yang suci dan penenggelaman di Al-Baida) [48]

Diriwayatkan dari Abi Abdillah (as) katanya:

(النداء من المحتوم والسفياني من المحتوم، واليماني من المحتوم، وقتل النفس الزكية من المحتوم، وكف يطلع من السماء من المحتوم: قال: وفزعة في شهر رمضان توقظ النائم وتفزع اليقظان وتخرج الفتاة من خدرها)

(Seruan (Al-Shaihah tidak dapat dielakkan, Al-Sufiani tidak dapat dielakkan, Al-Yamani tidak dapat dielakkan, pembunuhan jiwa yang suci tidak dapat dielakkan dari yang tidak dapat dielakkan, dan tangan muncul di langit tidak dapat dielakkan: Dia berkata: yang menakutkan pada bulan Ramadan, terjaga orang yang sedang tidur, yang membuat seorang gadis terjaga dan keluar dari bilik tidurnya) [49]

Diriwayatkan dari Abi Abdillah (as) bahawa dia berkata:

("Kami berkata kepadanya," Al-Sufiani tidak dapat dielakkan?”  dia berkata Ya, pembunuhan jiwa yang suci tidak dapat dielakkan Al-Qaim tidak dapat dielakkan, penenggelaman di Al-Baida tidak dapat dielakkan, tangan muncul di langit tidak dapat dielakkan dan seruan (Al-Nadaa’) tidak dapat dielakkan, Lalu aku betanya: Apakah seruan (Al-Nadaa’)itu? Dia berkata: Penyeru menyeru dengan nama Al-Qaim dan nama bapanya (as)) [50]

((Nampaknya (Al-Qaim) dalam riwayat ini adalah Mahdi Pertama bukannya Imam Mahdi (as), kerana dia adalah tanda-tanda (alamat) menunjukkan bangkitnya Imam Mahdi (as) Mana mungkin Imam Mahdi (as) dijadikan tanda-tanda (alamat) bangkitnya Imam Mahdi (as) sendiri? !!))

Maka kesimpulannya bahawa tokoh-tokoh utamanya adalah: Al-Qaim (as), Al-Yamani, Al-Khurasani, Al-Sufiani, dan Al-Nafs Al-Zakiyah (Yang berjiwa suci).

--------------------------------
[47] Bihar Al-Anwar: J 51 hal 31..
 [48] Ghaibah Al-Nu3mani ​​hal 261
[49] Ghaibah Al-Nu3mani ​​hal 262.
[50] Ghaibah Al-Nu3mani ​​hal 265




Pertama: Al-Qaim (as)

Ia boleh dipanggil Al-Mahdi dan pemilik Urusan (Al-Shohib Al-Amr), Pemegang Kebenaran (Al-Shohib Al-Haq), Al-Imam, Al-Hujjah dan nama-nama serta gelaran yang difahami yang dikhususkan kepada Imam Mahdi (as), tetapi apa yang dipertunjukkan kepada kita daripadanya adalah kepelbagaian. perbezaan-perbezaan dan percanggahan-percanggaha yang disifatkan oleh nama-nama itu adalah menunjukkan bahawa yang dimaksudkan daripadanya ada dua peribadi bukannya seorang, dan tidaklah perlu diulangi bukti-bukti ini kerana kitab-kitab ansar telah banyak menerangkannya.


Kedua: Al-Yamani

Ada pelbagai peribadi yang disahkan sebagai Al-Yamani, ia adalah kerana peribadi Al-Yamani, keadaannya dengan keadaan peribadi-peribadi yang lain yang bertepatan dengan kezuhuran yang dikelilingi oleh simbol (perlambangan) yang kuat dan dengan cara yang lebih daripada yang lain kerana keperibadian Al-Yaman adalah kunci dan permulaan kepada kezuhuran suci, supaya kepelbagaian peribadi itu hampir sepenuhnya penting
dan kalaulah tiada penjelasan yang ditunjukkan oleh Al-Syed Ahmad Al-Hassan (as) dalam menerangkan Al-Yamani, tiada siapa yang pernah memahami hakikatnya.

Al-Syeikh Haidar Al-Zayadi telah membincangkan secara terperinci kepelbagaian Al-Yamaniyah dalam kitabnya Al-Yamani Al-Mao3ud Hujjah Allah (halaman 97), dan ia membahagikannya kepada tiga:

1.   Yamani Imam Mahdi (as) adalah Hujjah Allah atas manusia, dan dia seorang Al-Maksum, dan yang berpaling darinya adalah ahli neraka, dialah yang menewaskan Al-Sufiani, Al-Syed Al-Marasyi mengatakan: (.... Maka Allah akan mengeluarkan penentang Al-Sufiani daripada penduduk dari Timur sebagai Wazir (Pembantu) Al-Mahdi untuk mengalahkan Al-Sufiani ke Al-Syam) [51]

2.   Yamani Iraq: Ia mungkin Pelaksana revolusi ke atas kebatilan, dan digelar Yamani, kerana dia adalah seorang pengikut Al-Yamani utama (iaitu Yamani Al-Imam (as)).

3.   Yamani Yaman: Dia berasal dari Yaman

Dari Al-Shadiq (as): (dan pemergian seorang lelaki dari anak bapa saudaraku Zaid di Yaman). [52] Yamani Yaman akan memerangi Al-Sufiani, ia bukan Al-Yamani utama yang mengalahkan Al-Sufiani.

Dari Abi Jafar (as):

(kemudian Manshur Al-Yamani berjalan kepada mereka dari San’aa (Yaman) dengan tenteranya, dan ia mencetuskan sesuatu yang teruk ... Maka dia akan bertemu Al-Akhwas (yang bermata cengkung), dan panji-panji mereka berwarna kuning, pakaian mereka berwarna-warni, dan akan berlaku antara keduanya pertempuran yang dahsyat, kemudian muncul Al-Akhwas Al-Sufyani ke atasnya) [53]

Dalam khabar yang lain Yamani Yaman menerangkan kezaliman, dalam Qishash Al-Anbia dari Ka’ab Al-Akhyar: (... dan keluar Al-Qahthani dari negeri Yaman, Ka’ab Al-Akhyar berkata, manakala ketiga-tiganya telah mengatasi kedudukan mereka pada kezaliman...) [54]

Adalah diketahui bahawa nasab  Al-Yamani adalah pada keluarga Muhammad iaitu pemuda-pemuda syurga (Adnani), dan Qahthani ini yang akan menyeru kepada dua sudut: dari sudut keturunan dan dari sudut kemaksuman, ada Al-Yamani maksum dan ada Al-Qahthani membuat sesuatu kezaliman seperti yang dinyatakan dalam riwayat di atas.

4.   Kesemua tiga ratus tiga belas Al-Yamaniyah atas dasar mereka sebagai bawahan kepada pemimpin mereka Al-Yamani.

Akibarnya adalah apabila perkataan Al-Yamani disebutkan dalam salah satu riwayat, maka yang mana satu dari yang dibangkitkan adalah peribadi yang disahkan maksudnya dalam riwayat itu?

-----------------------------------------
[51] Syarah Ihqaq Al-Haq J 29 hal 62.
[52] Bihar Al-Anwar: J 53 hal 63
[53] Syarah Ihqaq Al-Haq J 29 hal 515.
[54] Ihqaq Al-Haq J 29 hal 530.



Ketiga: Al-Sufiani

Peribadi Al-Sufiani disebut dalam riwayat-riwayat tanpa isyarat kepada urutan masa peristiwa, tetapi ia menggambarkan kejadian secara bebas, dan jika disebut peribadi Al-Sufiani dalam urutan masa peristiwa tertentu, akan bercanggah dengan riwayat-riwayat lain yang tidak memberi urutan yang sama seperti yang akan dilihat kemudian, yang menjadikannya mustahil untuk memahami bahawa pergerakannya adalah pergerakan satu peribadi

Oleh itu, jika dipertimbangan Al-Sufiani itu satu peribadi adalah mustahil untuk beberapa perkara yang disebut dalam riwayat-riwayat, dan berikut ini adalah beberapa perbezaan yang mengesahkannya:

1. Yang mempercepat dan melewatkan dari Kezuhuran Suci:

Kebanyakan orang-orang Islam menjadikan Al-Sufiani sebagai alamat kezuhuran, dan bahawa ianya muktamad dan tidak berbelah bagi, ia mendahului kezuhuran Imam Mahdi (as), ia adalah salah satu daripada lima tanda-tanda yang tidak dapat dielakkan yang mendahului Imam (as), bagaimana kita boleh menjelaskan riwayat-riwayat yang menyebut ianya mendahului kezuhuran Imam (as) atas Al-Sufiani, Ia adalah dari riwayat-riwayat berikut.

Dari Amirul Mukminin:

(المهدي اقبل، جعد، بخده خال، يكون مبدأه من قبل المشرق، واذا كان ذلك خرج السفياني ...)

"Al-Mahdi datang dengan berambut ikal (keriting),  bertahi lalat di pipi, ia mulai dari arah timur, jika ia berlaku akan keluar Al-Sufiani. [55]

Dari Ali ibn Al-Husain (as):

(... فإذا ظهر السفياني اختفى المهدي ثم يخرج بعد ذلك)

(... Apabila Al-Sufiani muncul, Al-Mahdi bersembunyi dan kemudian akan keluar selepas itu) [56]

Dia berkata: Rasulullah (S) bersabda:

( إذا رأيتم الرايات السود قد جاءت من قبل خراسان، فأتوها فانّ فيها خليفة اللّه المهدي )

(Jika kamu melihat panji-panji hitam telah datang dari arah Khurasan, pergilah kepadanya kerana di sana ada Khalifah Allah Al-Mahdi) [57].

Bagaimanakah Khalifah Allah Al-Mahdi dapat dilihat dalam tentera Al-Khurasan, dan ia mendahului atau serentak dengan pergerakan Al-Sufiani seperti dalam riwayat-riwayat ini:

Dari Abi Jaafar (as ):

(( ... لا ترون ما تحبون حتى يختلف بنو فلان فيما بينهم فإذا كان ذلك طمع الناس فيهم، واختلفت الكلمة و خرج السفياني.

وقال لا بد لبني فلان أن يملكوا، فإذا ملكوا ثم اختلفوا تفرق مكلهم و تشتت أمرهم، حتى يخرج عليهم الخراساني والسفياني، هذا من المشرق وهذا من المغرب، يستبقان إلى الكوفة كفرسي رهان، هذا من هنا و هذا من هنا، حتى يكون هلاك بني فلان على أيديهما، أما إنهما لا يبقون منهم أحدا )).

(...kamu tidak melihat apa yang kamu sukai sehinggalah Banu Fulan berselisih di antara mereka, itu kerana ketamakan manusia di dalamnya, perselisihan pendapat dan keluanya Al-Sufiani.

Dan beliau bersabda lagi, Harus diketahui pada pemerintahan Bani Fulan, sedang mereka memerintah kemudian berselisih dan berpecah belah pemerintahan mereka, dan membubarkan pemerintahan mereka, sehingga keluar pada mereka Al-Khurasani dan Al-Sufiani, yang ini dari timur, dan yang itu dari arah barat, Mereka akan berlumba-lumba ke Kufah umpama kuda pacu yang bersaing, yang satu dari sini, yang satu dari sana, sehingga binasa Bani Fulan di tangan mereka, atau tidak seorang pun yang tinggal daripada mereka. [58]

Yang menunjukkan bahawa Al-Mahdi yang dimaksudkan dalam riwayat-riwayat itu bukanlah Imam Mahdi (as) untuk menyangkal keputusan yang diperolehi daripada riwayat-riwayat ini, dengan keputusan yang diperolehi daripada riwayat-riwayat tanda-tanda yang tidak dapat dielakkan yang terjadi sebelum Al-Sufiani bagi Al-Mahdi dan alamatnya tidak menerusi beliau, jika kita menganggap bahawa Mahdi Pertama yang dimaksudkan dengan riwayat-riwayat adalah mendahului kewujudan Al-Mahdi atas Al-Sufiani, ia tidak pelik jika ia bertepatan dengan Al-Sufiani, Maka pertempuran mereka membawa pertimbangan kepada Mahdi Pertama (Al-Yamani) yang menjadi wakil Imam Mahdi (as), Maka sesiapa yang memerangi Mahdi Pertama sebenarnya memerangi dan memusuhi Imam Mahdi (as), dengan itu, semua riwayat-riwayat adalah benar dan tidak terdapat percanggahan dalam maknanya.

Dari Abi Abdullah (as):

( إنّا وآل ابي سفيان اهل بيتين تعادينا في الله قلنا صدق الله وقالوا كذب الله، قاتل ابو سفيان رسول الله (ص) وقاتل معاوية امير المؤمنين علي بن ابي طالب (ع)، وقاتل يزيد بن معاوية الحسين بن علي (ع)، والسفياني يقاتل القائم (ع))

(Bahawa kami dan Aali (keluarga) Abi Sufian, dua keluarga yang bermusuhan satu sama lain di sisi Allah, kami berkata: Maha Benar Allah, dan mereka mendustakan Allah, Abu Sufyan memerangi Rasulullah (S) Muawiyah Amirul memerangi Amirul Mukminin Ali bin Abi Talib (as), Yazid memerangi Al-Husein bin Ali (as), dan Al-Sufiani memerangi Al-Qaim (as)) [59]

-----------------------------------
[55] Ghaibah Al-Nu3mani bab 18 hal 316.
[56] Ghaibah Al-Thusi hadits no 437 hal 443-444.
[57] Mu3jam Ahadits Al-Imam Al-Mahdi J 1 hal 425.
[58] Bihar Al-Anwar: J 52 hal 230.
[59] Bihar Al-Anwar: J 33 hal.165



2. Tempoh Pemerintahan Al-Sufiani

Ada khilaf dalam jangka masa pemerintahannya, ia adalah tempoh-tempoh selama lapan, sembilan, atau dua belas bulan, yang mungkin meningkat tempoh Pemerintahan Al-Sufiani dengan sewajarnya:

Dari Abi Ja’far (as): (Berapa lama Al-Sufiani tinggal padamu? Dia berkata: Aku berkata, selama hamil seorang perempuan, sembilan bulan, beliau berkata: Tidakkah kamu ketahui Wahai penduduk Kufah) [60]

(ان السفياني يملك بعد ظهوره الكور الخمسة حمل امرأة، ثم قال: استغفر الله حمل جمل وهو من الأمر المحتوم لابد منه) (حمل جمل اثناعشر شهراً)

Dan Abi Abdillah (as): (Bahawa Al-Sufiani akan memerintah lima kawasan selama tempoh kehamilan seorang wanita, dan kemudian berkata: Astaghfiru Allah (Aku mohon ampun kepada Allah), kehamilan seekor unta dan ia adalag perkara yang tidak dapat dielakkan, pasti berlaku) (kehamilan unta selama dua belas bulan.) [61]

Dan Abi Abdillah (as): Apabila ditanya mengenai Al-Sufiani beliau (as) menjawab,:(Apabila menguasai lima kawasan Al-Syam? Damsyik, Homs, Palestin, Jordan, dan Qinnasrin, maka akan berlaku Al-Faraj (Kelapangan). Aku bertanya: Ia berkuasa selama sembilan bulan? Berkata (as): Tidak, tetapi selama lapan bulan tidak lebih satu hari pun...) [62]

------------------------------
[60] Basyarah Al-Islam hal 173, Bihar Al-Anwar: J 52 hal 216
[61] Basyarah Al-Islam hal 173, Ghaibah Al-Thusi hal 449
[62] Al-Mausu3ah oleh Al-Syed Al-Sadr J 3 hal 160



3. Al-Sufiani dan tempatnya

Sebahagian besar riwayat-riwayat menyatakan dia dibai’ah oleh penduduk Syam, mereka lalu pergi ke Iraq dan riwayat-riwayat menyatakan dia akan melampau Kufah dan melakukan pembunuhan secara besar-besaran.

Dari Imam Baqir (as): (kemudian ia tidak mempunyai keinginan besar yang lain, selain menuju ke Iraq, melanjutkan tenteranya ke Qirqisiya lalu mereka akan berperang dengannya... dan Al-Sufiani menghantar tentera ke Kufah seramai 70 ribu dan mereka akan membunuh orang-orang Kufah,dalam peperangan, disalib dan ditawan...) [63] .

Sedangkan yang lain daripada riwayat-riwayat itu menyebutkan kata-kata lain seperti bai’ah penduduk Kufah kepadanya dan dia adalah pemimpin pada mereka.

Ali Bin Al-Husein (as): (Al-Qaim berperang (as) daripada penduduk bandar itu sehingga ia berakhir di Al-Ajfar, dan mereka mengalami kebuluran yang teruk, beliau berkata, Dan mereka akan menjadikan tumbuh-tumbuhan makanan untuk mereka... dan kemudian berjalan sehingga sampai di Qadisiyah dan telah bertemu dengan orang di Kufah dan mereka membai’ah Al-Sufiani ...) [64]

Dari Abi Abdillah (as): (Al-Qaim mendahului datang ke Najaf lalu keluar kepadanya tentera Al-Sufiani dan sahabatnya dan orang ramai bersamanya...) [65] dan perkataan orang ramai di sini bermakna orang awam dari penduduk Najaf, mereka bukanlah tentera atau para sahabatnya ..

Dari Amirul Mukminin (as): (... Allah berkuasa ke atas mereka (bercakap tentang Iraq) mengadakan seorang lelaki penyembelih (pembunuh) yang tidak memasuki negara itu melainkan untuk memusnahkannya dan memusnahkan orang-orangnya, ((maka dia menyebut bahawa dia memusnahkan Basrah, Wasit, dan Baghdad)) kemudian dia keluar dan memasuki Baghdad menuju ke kuburan untuk membongkarnya, Al-Sufiani akan bertemu kedua-dua mereka, lalu akan mengalahkan mereka dan membunuh kedua-dua mereka.... dan tentera Al-Sufiani memasuki Kufah, Mereka tidak akan memanggil sesiapa melainkan membunuhnya...) [66]

Adalah jelas daripada riwayat ini bahawa Al-Sufiani menghalang manusia daripada penyembelih (pembunuh) yang membongkar makam Amirul Mukminin (as) .. Ini bercanggah dengan matlamat Al-Sufiani dan kebenciannya kepada Amirul Mukminin (as) dan pengikut-pengikutnya .. ini Al-Sufiani yang mana? .. dan apakah kaitan muslihatnya dengan mempertahankan makam Amirul Mukminin, Ia bermusuhan dengan pendekatan Amirul Mukminin (as), yang mungkin menjadi Syiahnya, dan juga dari simbol kebesaran agama di Najaf, Oleh itu, diperlukan untuk memelihara kewibawaannya dan kedudukannya dalam masyarakat untuk menjalankan perintah mempertahankan tempat yang mulia;
                                       
Dan jika Al-Sufiani memasuki Iraq, dia merampas kuasa di seluruh Iraq, dan Al-Sufiani ini semakin jelas kuasa serantaunya terhad di Najaf, seperti yang dibuktikan oleh apa yang diseru dari para penyembelih (pembunuh) itu menjatuhkan kawasan besar Iraq selatan hingga Baghdad, Kemudian dia pergi ke Najaf dan tentera Al-Sufiani dibunuh dan mengatasinya, Sementara dibaca dalam riwayat-riwayat yang lain Al-Sufiani memasuki Mesir dan melanggar penduduknya, yang bertentangan dengan kelakuan Sufiani Al-Syam yang bermula dari Syam dan menuju ke Kufah dan kematiannya akan berlaku di sana.

Dari Huzhaifah (Apabila Al-Sufiani memasuki tanah Mesir, dan menetap selama empat bulan menangkap dan membunuh penduduknya...) [67]


----------------------------------------
[63] Ghaibah Al-Nu3mani hal 180
[64] Basyarah Al-Islam hal 334.
[65] Basyarah Al-Islam hal 335, Bihar Al-Anwar: J 52 hal 387
[66] Basyarah Al-Islam hal 83.
[67] Al-Malahim wa Al-Fitan dan oleh Ibn Thawus hal 50.





4. Gabungan Al-Sufiani

Dilihat gabungan di dalam riwayat pada Ahl Al-Bait (as) bahawa dia adalah ketua.
.
Dari Abi Jaafar (as): (Apabila Al-Sufiani sampai Al-Qaim akan menghadapinya di Kufah. Dia menunggang kuda sehingga bertemu Al-Qaim: yang akan keluar lalu berkata: keluarlah padaku anak bapa saudaraku....) [68]

Dari Basyar bin Ghalib: (Al-Sufiani datang dari negara Rom dengan memakai salib di lehernya) [69]

Dan dari ‘Ammar bin Yasir: (dan seorang lelaki dari rumah Abu Sufian keluar dari Kilab) [70]

Dari Ali Bin Al-Husein (as): (Al-Sufiani dari anak ‘Utbah bin Abi Sufyan) [71], berbilang-bilangnya gabungan ini mesti ada percanggahan jika dianggap Al-Sufiani itu satu peribadi, percanggahan ini tidak dapat diselesaikan melainkan berbilang-bilangnya peribadi Al-Sufiani.


----------------------------
[68] Basyarah Al-Islam hal 335
[69] Basyarah Al-Islam hal 161
[70] Al-Mausu3ah oleh Al-Syed Al-Sadr J 3 hal 162.
[71] Bihar Al-Anwar: J 52 hal 212


5.   Al-Sufiani Terbunuh

Disebut dalam beberapa riwayat Al-Sufiani terbunuh bersama tenteranya di bandar semasa penenggelaman ..

Dari Amirul Mukminin (as): (Apabila keluar Al-Sufiani, maka ia akan memerintah selama sembilan bulan wanita mengandung, ia keluar di Syam dia memecah-belahkan penduduk Syam ... dan dia mendatangi Madinah dengan bilangan tentera yang besar, sehingga sampai ke Al-Baida’ dari Madinah, Allah menenggelamkan mereka...) [72] manakala sebahagian riwayat menyebut dia terbunuh di Syam ..

Dalam percakapan Al-Mufadhdhal dengan Imam Shadiq (as), Al-Mufadhdhal berkata: (Kemudian apa yang dilakukan oleh Mahdi, tuan? Lalu beliau berkata (as): Dia menggerakkan pasukannya ke atas Al-Sufiani di Damsyik, Mereka akan membawanya dan membunuhnya di atas batu...) [73]

Manakala sebahagian riwayat menyebut kematiannya di Kufah, di tangan Imam (as).

Dari Abi Jaafar (as): (kemudian dia memasuki (maksudnya Al-Qaim (as)) Kufah, tidaklah tinggal/tersisa orang mukmin kecuali yang masih ada... dan kemudian berkata kepada sahabat-sahabatnya: pergilah kepada penzalim taghut ini, lalu mereka menyeru kepada Kitab Allah dan Sunnah NabiNya (S) supaya Al-Sufiani memberikan kepadanya bai’ah pengiktirafan, Dan dia berkata kepadanya mereka adalah saudara-saudaranya yang hina dan kejam: apa ini? Apa yang kamu buat? Demi Allah, kami tidak akan membai’ah kamu selamanya, dia berkata:? apa yang akan aku lakukan dan mereka berkata, terimalah dia, lalu mereka menerimanya, kemudian mereka berkata: kepada Al-Qaim (Selawat Allah atasnya): Jagalan diri ... Allah memberikan kepada mereka bahu-bahu mereka dan mengambil Al-Sufiani sebagai tawanan, maka dia akan membunuhnya dengan tangannya ...) [74]

Dalam riwayat ini, dia diakhir di Al-Hirah:

Dari Abi Jaafar (as): (Al-Mahdi (as) mengalahkan Al-Sufiani yang memakan masa yang lama di bawah dahan pokok di Al-Hairah) [75]

Dan ada pelbagai pengakhiran yang disebut dalam riwayat-riwayat bagi diri Al-Sufiani dan tenteranya juga menunjukkan peribadi yang perlu dicari iaitu berbilang-bilangnya peribadi Al-Sufiani.

--------------------------------
[72] Al-Mausu3ah J 3 hal 161.
[73] Al-Raj3ah Al-Istarabadi hal 100.
[74] Basyarah Al-Islam hal 305
[75] Bihar Al-Anwar: J 52 hal 386.


6. Warna Panji

Dari Amirul Mukminin (as) :(Al-Sufiani keluar dengan panji-panji Merah dan ketuanya seorang lelaki dari Bani Kilab) [79]

Dari Amirul Mukminin (as): (Al-Sufiani keluar dengan panji-panji hijau dan salib emas) [77]


----------------------
[76] Bihar Al-Anwar: J 52 hal 272
[77] Bihar Al-Anwar: J 52 hal 81



Kesimpulannya

Ringkasan ini, yang memudahkan kita dari riwayat-riwayat yang menekankan dimensi pergerakan Al-Sufiani dan rancangan perjalanan dan sifat-sifatnya dan ia menerangkan sesuatu yang tidak mendatangkan sebarang keraguan yang dimaksudkan dengan Al-Sufiani bukanlah hanya satu peribadi, tetapi mereka adalah sekumpulan dari beberapa Al-Sufiani dan yang mungkin akan memecahkan keraguan kepada kepastian dan ia adalah apa yang disebut dalam Al-Malahim Wa Al-Fitan ileh Ibn Thawus hal 50. Seperti yang disebutkan Nu’aim katanya: Diceritakan kepada kami Al-Hakam bin Nafi3, dari Jarah, dari Arthaah katanya (Pada zaman Al-Sufiani kedua berlaku pertempuran sehingga semua orang mengira dia memancung orang yang mengikut mereka).

Keempat: Dajjal

Perkataan yang sama yang ada pada Al-Sufiani ada pada Dajjal, dalam riwayat-riwayat bahawa terdapat tiga puluh dajjal-dajjal,

Nabi Muhammad (S) bersabda: (Akan ada selepasku tiga puluh dajjal-dajjal yang muncul pada masa menghampiri Al-Saah) [78] Malangnya tidak ada ruang yang cukup untuk membincangkannya secara terperinci, tetapi ia penting untuk diperhatikan. Wa Allahu A3lam, Sessungguhnya perkataan Al-Dajjal dan Al-Sufiani adalah merujuk kepada peribadi tertentu, ia bermakna bahawa tingkah laku peribadi itu boleh pergi kepada keadaan di mana memerlukan pelepasan panggilan ke atasnya, pada hakikatnya fuqaha' (ulama) misalnya, tidak melakukan apa-apa dan memberikan sokongan mereka kepada musuh-musuh Imam (as) atau mewakili sesuatu yang lain yang menggerakkan mereka kepada salah satu daripada dua kedudukan, yang berbeza antara kedua-dua nama, ianya tidak perlu untuk disanggah jika kita mengetahui kandungan kedua-dua perkataan, pengertian umum bagi Dajjal yang disifatkan dengan pendustaan dan penipuan dan menunjukkan ia berlawanan dengan apa yang disembunyikannya. dan Al-Sufiani disifatkan oleh perjuangannya dan permusuhannya kepada Ahl Al-Bait (as), dan dalam permusuhannya banyak persediaan untuk pembunuhan dan penindasan...

Oleh itu, semua musuh-musuh pergerakan Imam (as) mungkin mempunyai sifat dengan sifat-sifat itu secara berasingan atau mungkin memiliki sifat-sifat yang sama, dan Allah lebih mengetahui. Adalah diketahui bahawa yang dinyatakan mungkin tidak membawa persediaan sebelum pergerakan kezuhuran atau semasa kezuhurannya dan menjadi musuhnya semasa pergerakan dalam masyarakat dan menjadi ancaman kepada sebahagian kepentingan pergerakannya, atau dikatakan meninggikan kebatilan dan kepalsuan bermartabat kesucian palsu (kerana kemunculan dakwah Al-Haq).

Oleh itu, jika dikemukakan riwayat-riwayat seperti peribadi-peribadi semasa menyenaraikan tanda-tanda kezuhuran yang mungkin akan membawa lebih banyak petunjuk .. Ia akan menggambarkan peribadi yang sama dalam riwayat yang menunjukan sebagai seorang lelaki pemilik panji-panji atau ketua tertingginya atau Hasani atau Khurasani atau tokoh-tokoh lain-lain tanpa mengambil kira kepada akibatnya, atau apa yang perlu dilakukannya. Kemudian ini boleh dimaksudkan dalam riwayat orang-orang yang memerangi Imam (as) atau wakilnya di peringkat akhir, Ia mesti digambarkan sebagai satu lagi bentuk yang bertentangan dengan yang pertama, iaitu dalam riwayat lain sebagai Al-Dajjal atau Al-Sufiani atau Al-Marwani atau pemilik panji-panji Barat atau yang lain, sehingga ada terlalu banyak peribadi-peribadi dengan kemungkinan bahawa sebahagian daripada mereka yang hampir sama dengan yang lain dengan nama atau panggilan yang berbeza.. Wa Allahu A3lam.

Sebagai contoh Al-Dajjal yang disahkan oleh riwayat-riwayat Dajjal Misaan yang memerangi dakwah dengan begitu mendesak (berani), Adalah diketahui bahawa pada mulanya ia adalah penyokong (ansar) dan pendakwahnya. Pergerakan Dajjal besar (dikenalpasti sebagai Amerika) seperti mana dinyatakan oleh Al-Syed Ahmad Al-Hasan (as),

(Diriwayatkan dari Rasullulah (S): (Tempat pertama akan
kembalinya Al-Dajjal adalah Sanam; Jabal Musyarraf di Basrah adalah tempat pertama akan kembalinya Al-Dajjal) [79], dan ini adalah satu contoh yang mudah bagi ramainya yang dikenalpasti sebagai Al-Dajjal Seperti yang saya sebutkan dalam riwayat-riwayat bahawa ada pelbagai Al-Dajjal pada zaman kezuhuran, yang membuatkan jalan untuk mengenal pastinya menjadi sukar maka hasilnya adalah kesamaran dalam menentukannys, dan dengan itu kesamaran ini menjejaskan kepada keseluruhan pengetahuan dalam pemahaman umum mengenai hubungan peristiwa yang saling bergantung antara satu sama lain.

---------------------------
[78] Al-Kharayij hal. 881.
[79] Al-Fitan: Ibn Hammad / 150, Mu3jam Ahadits Al-Imam Al-Mahdi / J 2, hal 63


Kelima: Al-Khurasani

Disebut dalam riwayat-riwayat yang Al-Sufiani bukan pemilik panji-panji kebenaran melainkan jika dia menyertai Al-Yamani:

Abu Abdullah (as):

(خروج الثلاثة: السفياني والخراساني واليماني في سنة واحدة، في شهر واحد، وليس فيها راية بأهدى من راية اليماني، لأنه يدعو الى الحق ...)

(Keluarnya yang tiga: Al-Sufiani, Al-Khurasani dan Al-Yamani, dalam tahun yang sama, dalam bulan yang sama, dan hari yang sama. dan tiada panji di hari itu yang lebih mempunyai petunjuk dari panji Al-Yamani, kerana ia menyeru ke arah kebenaran.”:...) [80]

Jika kita menganggap bahawa pemilik panji-panji hitam akan datang dari timur adalah sama dengan Al-Khurasani seperti ditunjukkan oleh Al-Syed Al-Sadr dalam Al-Mausu3ah, kita dapati dengan jelas bahawa terdapat percanggahan besar, kerana pemilik panji-panji hitam juga adalah hujjah dan wajib atas manusia untuk mengikutinya dan membai'ahnya dengan nash kalam Ahl Al-Bait (as).

Rasulullah (S) bersabda:

(ثم تطلع الرايات السود من قبل المشرق، فيقاتلوهم قتالاً لا يقاتله قوم، ثم ذكر شيئاً ( شاباً ) فقال اذا رأيتموه فبايعوه فانه خليفة المهدي )

(kemudian muncul panji-panji hitam dari arah timur, lalu memerangi mereka dengan perang yang tidak dialami oleh suatu kaum, dan kemudian menyebut seseorang (seorang pemuda) lalu bersabda lagi, jika kamu melihatnya maka berbai’ah kepadanya kerana dia adalah Khalifah Al-Mahdi) [81]

Rasulullah (S) bersabda:

( اذا رأيتم الرايات السود قد اقبلت من خراسان فأتوها ولو حبواً على الثلج فأن فيها خليفة الله المهدي )

(Jika kamu melihat panji-panji hitam datang dari arah Khurasan, maka datanglah kepadanya walaupun dengan merangkak di atas salji kerana dia adalah Khalifah Allah Al-Mahdi) [82]

Rasulullah (S) bersabda:

(ثم تجيء الرايات السود فيقتلونهم قتلاً لم يقتلوه قوم، ثم يجيء خليفة الله المهدي فاذا سمعتم به فأتوه فبايعوه، فانه خليفة الله المهدي)

(Kemudian datang panji-panji hitam lalu memerangi mereka dengan perang yang tidak pernah dialami oleh suatu kaum,, kemudian datang Khalifah Allah Al-Mahdi. Jika kamu mendengarnya maka datanglah berbai’ah kepadanya kerana dia adalah Khalifah Allah Al-Mahdi) [83]

Rasulullah (S) bersabda:

(تجيء الرايات السود من قبل المشرق كأن قلوبهم زبر الحديد، فمن سمع بهم فليأتهم فيبايعهم ولو حبواً على الثلج )

(Akan datang panji-panji hitam dari arah timur, hati mereka seperti kepingan besi, Jika kamu mendengarnya maka datanglah berbai’ah kepada mereka walaupun merangkak di atas salji) [84]

Jika peribadi ini bukan Al-Khurasani, siapakah dia? Bagaimana mungkin ada banyak para hujjaj (Al-Hujjah) pada zaman yang sama dan kekeliruan ini dalam pemahaman perlu mengemukakan banyak kemungkinan dan kemudian mungkin yang paling dekat dengan riwayat-riwayat yang tidak bertentangan dengan maksud umum dalam peristiwa-peristiwa berkaitan, perkara ini telah ditangani secara terperinci oleh Al-Syeikh Haidar Al-Ziadi di dalam kitabnya bertajuk (Al-Yamani Hujjah Allah) terbitan Ansar Imam Mahdi (as), para pembaca boleh nenelitinya ..


Hasilnya

Kepelbagaian yang dikenal pasti daripada watak-watak utama kezuhuran, dan biarkan sahaja dengan menutup pandangan dari menyebutkan watak-watak kedua (pertengahan) yang menyempitkan kedudukan, Ia menjadikannya mustahil untuk memahami peristiwa-peristiwa yang disebutkan dalam riwayat-riwayat yang difahami sepenuhnya, maka anda membaca riwayat-riwayat yang menyebutkan peristiwa-peristiwa dan pertempuran yang melibatkan Al-Yamani, Al-Khurasani, Al-Sufiani dan Al-Dajjal sebagai contoh, Jadi di manakah anda tahu siapa yang dipercayai bagi setiap kefahaman tersebut yang boleh digunakan untuk beberapa peribadi, dan jika ini adalah mustahil, yang menimbulkan persoalan yang kuat tentang sebab untuk simbol (perlambangan) yang kuat yang digunakan dalam mengenal pasti peribadi-peribadi semasa kezuhuran dan mengikut kadar kesulitan yang mungkin, tetapi supaya menjadi petunjuk dan dalil bahawa simbol (perlambangan) itu untuk tujuan sangat penting dan berbahaya  yang tidak mendedahkan riwayat-riwayat melainkan dengan petunjuk. Dan dia adalah peribadi pengasas bersama di antara peribadi-peribadi yang turut serta dalam persediaan untuk kezuhuran.

----------------------------------
[80] I3lam Al-Wari, hal 458.
[81] Bsyarah Al-Islam, hal 30.
[82] Kasyf Al-Ghammah, J 2, hal 472.
[83] Bihar Al-Anwar: J 51 hal 83
[84] Bihar Al-Anwar: J 51 hal 84.




Tiada ulasan: